Wednesday, January 19, 2011

Birthday Tasha dan Wawa - 15.1.201

HAPPY BIRTHDAY TASHA.. HAPPY BIRTHDAY WAWA

Besday Tasha sebenarnya pada 12.1 dan Wawa (lupa lak). Tapi sesaja la tuan rumah buat sekali on 15.1.2011 tu.

Sampai je rupanya majlis dah start.
Apalagi.. mari makannnnnnnnn

Mesti isi banyak kat mulut tu

Apsal la gambar Daus asik blur je... lenkali cuba jgn bergerak okey
Aini kontrol ayu je makan.. tah berapa kali tambah tu


Tah berapa hari tak makan la budak betuah ni.
Si tukang masak Jenab dah temenung kat belakang tu.. sedih kot Kardi tak datang2 lagi


Pelik la datuk ni.. org pandang kamera dia pandang org lain
Yg depan tu Al-Yanto la.. spa lagi... si kecik tu Shahir Al-AF8


Sekali sekala nk jugak menyibuk posing.. kan kan kan


Sori Killa..(Killer?) tersnap gambo tgh pejam la pulak
Yg kat blkg tu.. tak tau la motif si syahmi pandang Haris semacam
Liana...biasala.. tugas dia menjaga Atirah


Heran la anak Al-Yanto ni.. gambo dia mesti mimik muka semacam.. habit kot
Comotnya si kecik tu....


Yeee... sesi potong kek oleh Wawa. Diapit oleh Nadirah, Shaza dan Ain.
Dibantu oleh Epa (mamanya) si pencucuh lilin.
Tapi? Apa la motif Liana boleh masuk sekali kat blkg tu...
nak kata sama umur ngan bebudak tu tak pulak.. hahahaha


Nice smiling face (kome paham ke apa ditulis ni?)
Nadirah tumpang hepi
Sori la yg dua lagi tu nampak badan je.. kepala sudah hilang


Amboi3 Tasha.. suka banget. Tapi sayang gambar dia potong kek tak de
Almaklumla.. gue lambat sampai ke tempat kejadian


Senyuman manis birthday girl


Hmmm... orang dah nak balik.. dia sempat curik makan lagi


Geng India kena lanyak
Ewah..Bila nak makan nasik minyak
(Sila jawap pantun ni ye)


Gambo datuk mesti x menjadi... dah elok orang fokus.. dia pejam mata pulak
Menurun nombor ke?


Sesi mengemas dan membasuh.. tapi Puan Rumah sempat berposing ngan Aini

Satu Malam di Hospital Selayang - 15.1.2011

Sesekali kita update la blog famili dengan citer dan gambar lain lak, kan?

Ni masa bawak Si Aiman ke Hospital Selayang. Sebelum tu kami ke Klinik Famili TTDI dulu. Saja2 nak habiskan minyak kereta Daus dan buli dia bagi tidur lambat... kami ajak la ke Hospital pulak... kikiki
Sessi mendaftar.
Aiman tu bukan merengek takut tapi dia teringin nak minum air ges

Menunggu di luar Bilik Rawatan 1.
Nomor di atas tu 1205.. jauh lagi.. kami punya 1214.
Nampak sangat nurse pegi mengular... tu pasal bilik kosong je

Hehe... cukupla 2 gambar kat dalam spital..
ni dah kluar.. pekena yong tau fu la plk...betul2 kat area parking keta.


saja je ambik gambo gelap sikit... bagi nampak suasana malam


Sukanya...padahal makanan belum sampai pon


Tu dia weh... Tapi itu pinggan yang pertama
Tak tau la kenapa semua pakat lapar tak hengat malam tu.


Ni dah baca Bismillah ke belum?


Puas hati budak berdua ni dapat makan.. sebab dari masuk wad kecemasan tu sampai la ke saat nak keluar tak habis2 merungut lapar.
Ambik ko.. total RM31.60..kikiki
Notes: Sesapa yg sakit dan nak pegi Selayang malam2 jgn lupa ajak ye.. boleh pekena yong tau fu lagi








Happy 33rd Birthday Mr Yanto Bahtiar - 5.1.11

Hari jadi pertama untuk tahun 2011. Tak ada celebration tapi..tumpang sekaki la kat umah kakak nanti... hehehe
Doa ku semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan menjadi pemimpin keluarga yang soleh dan bertanggungjawab
AMEEEEEEN (6 Harkat)

Back to School - 3.1.2011

Adala sikit gambo yang nak tepek. Mana yang ada gambo anak memasing masa hari pertama sekolah tu... bagi la sini, boleh tepek sekali.
Syahmi di Kelas 2A (Harap maklum.. bukan yang pejam mata tu ye)



Syakirah di Kelas Yr 5 Tadika Islam
(Ini gambar sebelum dia menangis meraung-raung)
Masa untuk rehat.. sedapnya donut tu
Oppsss... nasib baik cikgu ajar baca doa dulu


Sehingga menjilat jari.. kalah makan KFC

Bacaan Yasin - Rumah Yan/Yna (1.1.11)

Acara pembuka tirai 2011... sepatutnya buat kat umah Cikgu tapi gamaknya dia bz nak renovate rumah... buat je la kat umah ku...
Rendang Kerang yang sedang dijerang.. nyum3

Udang Goreng Butter - ni untuk lunch sahaja.. so u all memang tak nampak ia dihidangkan
(sesaja nak bagi air liur meleleh je)

Semoga akan membesar menjadi hafiz-hafizan... AMEEN
Ni anak- anak Tuan rumah (Syakirah, Shaza, Syahmi)
Anak yang ke-4 Shahir tidak dapat dikesan ketika gambar diambil


Senyum sokmo
(Me and Epa)




Huh! Jenuh beb sediakan juadah.
[Ikan goreng (ikan disiang oleh Jenab), Rendang Kerang (kulit dikopek oleh me, shaza, syakirah dan nenek kecik), Pisang (beli last minute.. hehehe), Sambal Goreng Tempe dan Ikan Bilis]
Oleh kerana kamera kecik.. gambar Bayam Rebus dan Sambal Belacan (made special my Kak Imad) tak dapat di ambil.
Tapi .... tak tahula jari kaki sapa la yang masuk sekali kat dlm gambar tu


Me and Yanti
saja ambik background ala2 Rancangan Bersamamu... mana tau boleh dapat bantuan gomen menjelang PRU13 nanti... kikiki


Acara bermula...syahdunya tengok Syakirah berdoa pada masa orang lain masih sibuk mencari mukasurat pertama... hehehe


Bacaan Yasin bermula... dan...antara tetamu yang hadir.
Yang baju hijau tu tuan rumah la..
Mungkin dia perasan ala2 Jamal Abdillah... mengaji sambil tangan lekat di telinga
Oppsss... ignin dimaklumkan....walaupon di setiap majlis En Yanto asik pakai baju yang sama.. ini bukan bermakna itu je baju melayu yang dia ada ye..


Golongan muslimat. Sorryla.. ruang sempit makanya duduk berbaris la ye.
Tak pe.. yang penting niat di hati dan ganjaran Allah


Isam the Chairman, Bang Tari, Al-Firdausi dan Kak Andam
Harap maklum.. drum mainan yang kalerful tu tak de kena mengena dgn majlis ye


Gambar dua orang ni lagi?
Jgn jeles la ye.. bakal setazah kiranya..
Kali ni background cun la sikit


Phuh! Merasala juga masuk gambo dalam blog kan kan kan..
Bukan senang nak popular.. (Wawa, Tasha dan Aini)


YESSSSSSSSSS!
Makan time!


Sessi makan kat dapur...
Untung tau.. lauk yang tak ada kat depan ada di sini

Bacaan Yasin - Rumah Mak (25/12/2010)

Acara penutup tirai 2010 dibuat kat rumah mak. Orang lain dok sibuk sambut Krismas.. kami membaca Yasin..hmmm dapat pahala. Semoga Allah merahmati keluarga kita. AMEEN
Lalalala... gambar setazah..


Lalalalala.. jangan mare... gambar setazah lagi
Bang Mon... kempiskan sikit perut tu ye..



Sesi membahagi ikan masien dari kampuang..
Iyo la... Epa baru ajo baliak dari kampuang.. membawo ole-ole
baguih ang Epa.. tak kodokuit


Biasala.. sesi bersembang sambil tunggu tetamu... Mak menung panjang
Jenab berjubah itam.. ala2 baru balik dari Mekah


Sesi bacaan dah mula


Jangan terkejut ye... tengok pakcik mengaji....bukan main fokus lagi tu
Maafkan anak2 gue yang berbaju lari topik tu.. derang baru balik dari rumah mak usu derang



Ini cuma sekadar gambar hiasan.. sebab kat majlis rumah mak tak sempat ambik gambo makanan...lalalalala