Wednesday, January 19, 2011

Bacaan Yasin - Rumah Yan/Yna (1.1.11)

Acara pembuka tirai 2011... sepatutnya buat kat umah Cikgu tapi gamaknya dia bz nak renovate rumah... buat je la kat umah ku...
Rendang Kerang yang sedang dijerang.. nyum3

Udang Goreng Butter - ni untuk lunch sahaja.. so u all memang tak nampak ia dihidangkan
(sesaja nak bagi air liur meleleh je)

Semoga akan membesar menjadi hafiz-hafizan... AMEEN
Ni anak- anak Tuan rumah (Syakirah, Shaza, Syahmi)
Anak yang ke-4 Shahir tidak dapat dikesan ketika gambar diambil


Senyum sokmo
(Me and Epa)




Huh! Jenuh beb sediakan juadah.
[Ikan goreng (ikan disiang oleh Jenab), Rendang Kerang (kulit dikopek oleh me, shaza, syakirah dan nenek kecik), Pisang (beli last minute.. hehehe), Sambal Goreng Tempe dan Ikan Bilis]
Oleh kerana kamera kecik.. gambar Bayam Rebus dan Sambal Belacan (made special my Kak Imad) tak dapat di ambil.
Tapi .... tak tahula jari kaki sapa la yang masuk sekali kat dlm gambar tu


Me and Yanti
saja ambik background ala2 Rancangan Bersamamu... mana tau boleh dapat bantuan gomen menjelang PRU13 nanti... kikiki


Acara bermula...syahdunya tengok Syakirah berdoa pada masa orang lain masih sibuk mencari mukasurat pertama... hehehe


Bacaan Yasin bermula... dan...antara tetamu yang hadir.
Yang baju hijau tu tuan rumah la..
Mungkin dia perasan ala2 Jamal Abdillah... mengaji sambil tangan lekat di telinga
Oppsss... ignin dimaklumkan....walaupon di setiap majlis En Yanto asik pakai baju yang sama.. ini bukan bermakna itu je baju melayu yang dia ada ye..


Golongan muslimat. Sorryla.. ruang sempit makanya duduk berbaris la ye.
Tak pe.. yang penting niat di hati dan ganjaran Allah


Isam the Chairman, Bang Tari, Al-Firdausi dan Kak Andam
Harap maklum.. drum mainan yang kalerful tu tak de kena mengena dgn majlis ye


Gambar dua orang ni lagi?
Jgn jeles la ye.. bakal setazah kiranya..
Kali ni background cun la sikit


Phuh! Merasala juga masuk gambo dalam blog kan kan kan..
Bukan senang nak popular.. (Wawa, Tasha dan Aini)


YESSSSSSSSSS!
Makan time!


Sessi makan kat dapur...
Untung tau.. lauk yang tak ada kat depan ada di sini

No comments:

Post a Comment